19 November 2009

~Tutorial Smokey Eyes~

Assalamualaikum....dan salam sayang dr CPM utk anda smua..syukur kerna Allah panjangkan lg umur kita utk kita sama2 berkongsi cerita...dan sambil2 tuh boley merapatkan ukhwah sesama kita...so kalau anda terfikir dgn membaca blog ni utk anda bermusuh2...itu hak anda..CPM x mampu utk memaksa anda smua menyukai saya...jikalau anda suka membaca blog CPM ni maka teruskanlah membaca tetapi jika sebaliknyaa,anda x perlulah lagi utk membuka dan seterusnya membaca segala karya2 saya...('-")

ok kali ni CPM wat entry atas permintaaan ramai oleh kwn2 CPM...maaf sbb entry ni lewat sedikit tp alhamdulillah CPM x kan mgkir janji...so kat sini,jom kita share sama2 okies...tp sebelum CPM meneruskan menulis,CPM nk tnya berapa ramai yg suka cara makeup smokey eyes ni ek?? smua suka ke?? atau ada segelintir wanita yg x suke dgn gaya makeup smokey eyes ni....so terpulang pd anda jugak,kalau anda suka...boleh la try2 especially para isteri yg sememangnya wajib makeup utk para suami...stuju x??

ok CPM x bercoleteh panjang,jom kita lihat brg2 yg kita perlukan utk gaya makeup smokey eyes ni...:-

1) makeup base
2) foundation kryolan tv paint stick 3w & 4w
3) shading negro 2
4) eyeshadow blue & black
5) eyeshadow highlight
6) maskara & celak
7) fake eyelashes
8) blusher
9) 4 jnis berus
10) compact powder
11) lipstiks pink

ok,atas tuh adalah list2 brg yg kita perlukan utk makeup smokey eyes ni...boleh refer pic kat atas tuh ok....jom kita blaja step by step...('-")

1. bersihkan muka anda dr segala kekotoran utk memastikan makeup anda tahan lama.

2. gunakan oil free makeup remover pink marykay utk membersihkan celak2 di bhgn mata dan lipstik di bhgn bibir anda.

3. setelah kesemuanya bersih,ambil foundation kryolan tv paint stick 3w dan sapu keseluruhan muka menggunakan span utk hasil yg cantik.

4. setelah itu,ambil pula basic eyecream dan sapu ke kelopak mata anda...cara ini boleh membuatkan makeup eyeshadow di bhgn mata anda akan bertahan lama..



5. gunakan basic eye makeup utk mata anda

6. sapukan pd kelopak sebelah kiri mata anda.

7. jugak disapukan pd kelopak sebelah kanan mata anda

8. ambil eyeshadow dark blue dan jugak brush yg sesuai utk disapukan ke kelopak mata anda...harus diingat ya puan2 ( hahaha mcm nk msk plak) penggunaan brush memainkan peranan yg penting utk gaya makeup anda. ( sila lihat pic no 8)



9,10,11. ambil eyeshadow blue & brush yg sesuai utk mata anda.

12. seterusnya ambil eyeshadow yg agak brown sket utk disapu kat bhgn atas kaler blue td...dan ambil berus utk diblend 2 kaler td kat bhgn mata...



13. ambil kaler eyeshadow utk highlight di bhgn kening.

14. setelah menyapu highlight,ambil berus dan sapu eyeshadow blue td di bhgn bwh mata utk mendapatkan sentuhan smokey eyes.

15. seterusnya eyeshadow black jgn lupa yaa...sbb kaler black la yg memainkan peranan pnting dlm teknik smokey eyes...ambil kaler black sket then sapu kat tepi hujung mata sket...n then amil berus utk blend kan eyeshadow2 tersebut.

16. selepas itu,gunakan celak pensil ataupun liquid eyeliner...pilih salah satu ok...then sapukan dibhgn bwh mata n kelopak mata sket utk mendapatkan hasil yg dramatik smokey eyes.



17. maka anda akan lihat hasilnya seperti pic no 17 & 18...

19. seterusnya,gunakan compact powder utk disapukan ke seluruhan muka...gunakan brush ok...

20. selepas itu,gunakan jugak blusher pink utk disapukan kat tulang pipi anda utk menaikkan lagi seri makeup anda...caya x,bile kita makeup & letakkan sedikit blusher,muka anda akan bertambah serinya...serius x tipu...cuba anda lakukan...=)


tadaaaaa..maka inilah hasilnya gaya makeup smokey eyes anda...

tips tambahan: boleh gunakan fake eyelashes ikut keselesaan kamu smua dan jgn lupa calitkan sedikit lipstik pink n lipgloss utk menambahkan lagi keserian di wajah anda..('-")

~teknik smokey eyes blue~


bila kita makeup smokey eyes ni...mata nmpk mcm mata org arab...bukan CPM ckp ok...

hasil sentuhan ex-mak andam vogue...smokey eyes blue

blusher ni serius mmg cantekkk....=)

close up bhgn mata...teknik makeup smokey eyes

jgn lupa memakai lipstik pink di bibir anda ok..

bile kita pki blusher,hasilnya akan menampakkan & menyerlahkan tulang pipi anda...

boley jugak memakai fake eyelashes...ikut keselesaan anda ok..tp CPM sgt2 suka fake eyelashes

oh ya,jgn lupe shadingkan hidung anda yaa utk menampakkan kemancungan lg ok..

close up lg mata sebelah kiri...smokey eyes

i love smokey eyes....tp paling suka smokey eyes blue & brown...

i love this blusher...membuatkan pipi menjadi lebih gebu..:)

off topic sket voleyhhh...i love de zahra...huhu

saya x boleh hidup tanpa 3 bag makeup ini...ke mana saja akan kubawa mereka...

ok harap2 nya dgn penjelasan yg x seberapa tuh,kalian smua berpuas hati ok...dan sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan ttg apa2 saje mengenai makeup...anda boley la menanyakan soalan2 anda di bhgn komen entry ini ok...dan insyallah CPM akan cube menjawab dgn baiknya...

akhir skali,mohon maaf andai terdapat apa2 yg terkurang...segala yg baik itu dtg dr Allah dan yg buruk itu dtg dr CPM sendiri...semoga hari2 anda lebih diberkati oleh Allah s.w.t...jgn lah anda semua bermusuh2 an sesama saudara islam...

daaaa~...('-")
15 November 2009

~ Yang senang dapat itu bukan Sahabat~


"Sahabat umpama baju yang kita pakai. Ia melindungi kita, mengindahkan kita, menjadikan kita sempurna di mata orang lain."

Kawan? Kawan mungkin sekadar pen yang terletakPhotobucket kemas di poket. Ada boleh, tak ada tak apa. Kadang-kadang pen sangat berguna, kadang-kadangan langsung tak guna, terutama bila dah tak ada dakwat. Kalau pen dakwat cair kadang-kadang dakwatnya melimpah hingga merebaklah warna hitam atau biru di poket baju kita. Itu dia kawan, kadang-kadang berguna kadang-kadang menyusahkan.

"Sahabat umpama baju, umpama seluar, pendek kata umpama pakaian. Kita sentiasa mahu pakaian yang cantik, yang kemas, yang mahal, sahabat pun serupa itu jugak."

Kita mahu yang sentiasa melindungi kita, yang sanggup bersama kita. Kalau kita berpanas dia pun sama berpanas, kalau kita sejuk dia membungkus tubuh kita dari kedinginan. Kadang-kadang dia menyebabkan kita bangga amat, apabila dia berjenama dan mahal.

Macam sahabat kita orang kenamaan, orang popular, ternama lagi kaya kita rasa bangga amat berdamping dengan dia.

Soalan saya, anda ada ke orang yang macam tu, yang boleh anda namakan sahabat, panggil sahabat sebab dia sangat melindungi, sangat berjasa, sangat baik, sangat menyokong, sangat segala yang baik-baik.

Jadi, ampun maaf, saya rasa sikit kelakarlah bila tak pasal-pasal ada orang mengaku dia sahabat, sebab proses untuk layak digelar sahabat ni makan masa. Takkan sehari dua kenal dah jadi sahabat. Lebih kelakar bila daftar terus jadi sahabat. Daftar pulak melalui SMS. Ai, senangnya??

Awas, sahabat-sahabat yang bergini, percayalah, lebih ramai orang akan termakan. Awas, hati-hati. Sebab sebetul-betul istilah sahabat itu seperti mana yang kita boleh baca bagaimana para sahabat membantu perjuangan Rasulullah s.a.w. Itu baru sahabat namanya.

"Para sahabat Rasulullah umpama bintang-bintang di langit dan Rasulullah s.a.w. itu umpama bulan."

Kalau malam ada bulan mengambang penuh, dah tu ada bintang-bintang pulak, memang indah malam tu, ya tak.

Pernah kita nampak bintang yang berantakan sesama sendiri kat atas langit tu? Atau dia datang kat bulan, hantuk bulan dan pergi. Ada? Mana ada. Bintang terus indah, mengerdip di tempatnya. Tak gaduh, tak dengki, tak khianat, tak makan kawan, tapi terus mengindahkan bulan, mengindahkan sahabatnya.

Dan dek begitu ciri-ciri sahabat, maka untuk anda dapat sahabat anda sendiri kena memiliki ciri-ciri sahabat. Nak jadi shaabat anda kena ada ciri sahabat.

"Nak dapat sahabat anda lebih dulu kena jadi sahabat."

Nak dapat sahabat yang baik, yang A1, yang melindungi, yang menyokong, anda sendiri perlu jadi sahabat yang menyokong pada sahabat tu. Kalau anda sendiri buruk, mana mungkin anda dapat sahabat yang baik. Kalau dapat pun sahabat pun yang sama buruk. Faham tu…

"Seorang yang bertanggungjawab itu merupakan warganegara yang baik; pemimpin yang jujur, pengikut yang taat, majikan yang bertimbang rasa, pekerja yang cekap dan sahabat yang setia."

***********************************************************************************
ok berbalik pd cerita sebenarnya....CPM ada sorg je sahabat yg betul2 CPM percayai...tp 2 thn kebelakangan ni CPM x tahu mana punca nya...x tahu di mana silapnya hubungan persahabatan antara kami jd semakin hambar...x seindah dulu...mksudnya dh x de sms2...bertanyakan khabar jauh sekali...masing2 bz dgn komitmen masing2...lg la membuatkan persahabatan tuh terbiar begitu shj...dan semakin hari,kami seperti "org asing" ...terkilan...sedih & mcm2 lg perasaan dlm hati ini...

Mmg hati terlalu sedih mengenangkan persahabatan yg kerana Allah ni terbiar mcm tuh je...

Sahabat adalah orang yang kita sayangi dan menyayangi kita, orang yang memahami kita,orang yang bersama kita tika susah dan senang.menerima kelebihanan kita dan berusaha memperbaiki kekurangan kita,sahabat juga sentiasa bersama kita tika dunia mengejar kita dan tidak meninggalkan kita tika dunia meninggalkan kita..sahabat adalah yang sentiasa berpesan2, bertukar2 pandangan,berbalas2 doa..x gitu?

Dan setelah hampir 2 thn kami berdiam diri tnpa sebarang khabar berita...akhirnya Allah temukan kami jugak...dan masa chatting tuh la,sessi luahan berlaku...dan alhamdulillah,segala2 nya telah selesai...dan alhamdulilah,kini CPM telah dpt sahabat CPM kembali....syukur kat Allah sgt2 kerna mendengar doa hamba MU selama ini....

dan last week kalau x silap,kami telah decide utk bertemu pd hari sabtu 14 november 2009...dan pejam celik pejam celik,masa yg kami nanti2 kan telah pon tiba....

kami janji jam 11 pg utk bertemu tp CPM terlewat kul 11.50 br smpi kat tmpt yg kami janjikan tuh....hehehe...sorry dear,i'm late...setlekan dorg..that's why terlewat sket...('-")

so pd pertemuan tuh bnyk bnde yg kami share & luahkan...sgt2 happy...tetibe kngn di zaman sek terimbau seketika....dulu kat sek kami rapat sgt2...tp kami rapat & kenal pon lewat..kalau x silap form 2..itupun sbb ada satu perkara yg membuatkan kami kenal & rapat dan seterusnya jd sahabat....

so dipendekkan cerita,tibalah utk ms kami berpisah sementara sbb CPM harus pulang awal sbb my parents nk dtg dr melaka...so lebih kurang jam 3.45ptg kami pon sama2 balik....tp walaupun sekejap,tetap berasa puas & lega sbb ikatan persahabatan tuh kami telah dptkan smula...syukur alhamdulillah....

so layan pic2 kami berdue ok...('-")



CPM honey nurhaliza with nizza abira

ni pic ms nk balik...bnyknya shopping2...=)

syukur Allah masih sayangkan lg persahabatan kami...('-")
sgt2 happy...=)

sahabat sejati sukar ditemui..

bersahabatlah kamu demi kerana Allah...

"Sahabat umpama baju yang kita pakai. Ia melindungi kita, mengindahkan kita, menjadikan kita sempurna di mata orang lain."

irfan with aunty nizza...
12 November 2009

~Quality time vs Quantity time~

moga raja irfan jd budak yg bijak & dpt jd seorg abg yg baik utk adik2 ok...:)

mama & papa tetap akan luangkan masa utk anak2 mama ok..:)

semoga anak2 mama menjadi insan yg terbaik utk dunia & akhirat..amin

Petikan yang akan dibaca nanti mungkin akan menyentuh perasaan. Ia menggambarkan kesibukan kita pada zaman ini sehingga masa berkualiti bersama anak-anak berkurangan. Semoga kita dapat sama-sama menghayati cerita berikut. Adakah kerja mengatasi segalanya? Sebenarnya, waktu untuk anak-anak & keluarga itulah yang utama dan tidak akan berulang lagi.....

"...papa baca kuat-kuat ya pa, supaya Ayu boleh dengar"

Pada suatu malam Salleh, seorang eksekutif yang berjaya, seperti biasanya sedang sibuk mengkaji kertas-kertas kerja pejabat yang dibawanya pulang ke rumah, kerana keesokan harinya ada mesyuarat yang sangat penting dengan para pemegang saham.

Ketika dia sedang asyik meneliti dokumen-dokumen dari pejabat, anak perempuannya, Rahayu datang mendekatinya, berdiri tepat disampingnya, sambil memegang buku cerita baru. Buku bergambar,"Seorang pari kecil yang kiut", sangat menarik perhatian Rahayu.

"Pa lihat"! Rahayu berusaha menarik perhatian ayahnya. Salleh menoleh ke arahnya, sambil menurunkan kaca matanya, kalimah yang keluar hanyalah kalimah basa-basi.

"Wah,. buku baru ya Ayu?"

"Ya papa" Rahayu berseri-seri kerana merasa ada balasan
dari ayahnya.

"Pa bacakanlah untuk Ayu" pinta Rahayu lembut,

"Ayu..... papa sedang sibuk ni, jangan sekarang ya"sanggah
Salleh dengan cepat. Lalu dia segera mengalihkan perhatiannya pada kertas-kertas yang berserakkan didepannya, dengan serius.

Rahayu termangu sejenak, namun dia belum menyerah. Dengan suara lembut dan dengan sedikit kemanjaan dia kembali merayu.. "Pa, mama cakap papa nak bacakan untuk Ayu"

Salleh mulai agak jengkel, " Ayu!! papa sibuk, sekarang Ayu suruh mama baca ya "

"Pa, mama sibuk, papa lihat gambarnya lucu-lucu",

" Lain kali Rahayu, ke SANA!!!! papa lagi banyak kerja" Salleh berusaha memusatkan perhatiannya pada lembar-lembar kertas tadi, minit demi minit berlalu, Rahayu menarik nafas panjang dan tetap disitu, berdiri ditempatnya penuh harap, dan tiba-tiba Rahayu merengek lagi.

"Pa,.. gambarnya cantik, papa pasti suka",

"RAHAYU!!!!!, PAPA KATA, LAIN KALI!!!!! ", kata Salleh membentaknya dengan keras.

Kali ini Salleh berhasil. Semangat kecil Rahayu terkulai, hampir menangis, matanya berkaca-kaca dan Ayu bergerak menjauhi ayahnya.

" Iya pa,. lain kali ya pa?" Ayu masih sempat mendekati ayahnya dan sambil menyentuh lembut tangan ayahnya, ia meletak buku cerita di pangkuan ayahnya.

"Pa kalau papa ada waktu, papa baca kuat-kuat ya pa, supaya Ayu dapat dengar ".

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Hari demi hari telah berlalu, tanpa terasa dua bulan telah berlalu namun permintaan kecil Rahayu tidak pernah dipenuhi,buku cerita Pari Kiut, belum pernah dibacakan untuk dirinya. Hingga satu petang terdengar suara hentakan yang kuat...

"Baammmm!!"

Beberapa orang jiran tetangga dengan histeria memberitahu bahawa Rahayu dilanggar kenderaan yang meluncur laju di hadapan rumah Salleh oleh seorang pemandu yang sedang mabuk. Tubuh munggil Rahayu terpelanting beberapa meter. Dalam keadaan panik, kedengaran suara ambulance.

Dalam perjalanan menuju rumah sakit, Rahayu sempat berkata dengan begitu sayup " Ayu takut pa, Ayu takut ma, Ayu sayang papa mama".

Darah segar terus keluar dari mulutnya hingga ia tidak tertolong lagi ketika sampainya di rumah sakit terdekat. Kejadian hari ini begitu menggoncangkan hati nurani Salleh, tidak ada lagi waktu tersisa untuk memenuhi sebuah janji. Kini yang ada hanyalah penyesalan. Permintaan si buah hati yang sangat sederhana,pun tidak dipenuhi. Masih segar terbayang dalam ingatan Salleh tangan munggil anaknya yang memohon kepadanya untuk membacakan sebuah cerita, kini sentuhan itu terasa sangat bererti sekali.

",...papa baca kuat-kuat ya pa, supaya Ayu boleh dengar ", kata-kata Rahayu terngiang-ngiang kembali.

Petang itu setelah segalanya telah berlalu, yang tersisa hanya keheningan dan kesunyian hati, canda dan riang Rahayu tidak akan terdengar lagi, Salleh mulai membuka buku cerita Pari Kiut yang diambilnya dari longgokan mainan Rahayu di sudut ruangan.

Bukunya sudah tidak baru lagi, sampulnya sudah usang dan koyak. Beberapa coretan tak berbentuk menghiasi lembar-lembar halamannya seperti sebuah kenangan indah dari Rahayu. Salleh menguatkan hati, dengan mata yang berkaca-kaca Salleh membuka halaman pertama dan membacanya dengan suara yang kuat, tampak sekali Salleh berusaha membacanya dengan kuat, Salleh terus membacanya dengan kuat-kuat halaman demi halaman, dengan berlinangan air mata.

"Rahayu dengar papa baca ya",selang beberapa kata, hatinya memohon lagi...

"Rahayu.. papa mohon ampun nak.. papa sayang Rahayu ".

Seakan setiap kata dalam bacaan itu begitu menggores lubuk hatinya, tak kuasa menahan itu.. Salleh bersujud dan menangis memohon satu kesempatan lagi untuk mencintai.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Seseorang yang mengasihi selalu mengalirkan kesenangan dan membagi kesedihan kita, Ia selalu memberi PERHATIAN kepada kita; Kerana ia Peduli kepada kita.

ADAKAH "PERHATIAN TERBAIK" ITU BEGITU MAHAL BAGI
MEREKA? BERILAH "PERHATIAN TERBAIK" WALAUPUN HANYA SEKALI.

07 November 2009

~Chiko & Chiki~

Bismillahirrahmanirahim...& salam buat smua...('-")

Semasa CPM menaip entry ni,CPM br je selesai berkebun....jgn x caya CPM skang sudah minat bekebun tau...tp x de la bekebun cucuk tanam kat sawah tuh haaaa...tp bekebun kat taman qasehkuhoney laa...tanam pokok2 bunga...buang pokok2 yg dh mati...trim runput kapet...trim pokok bonsai CPm tuh....fuhhhh abes kuar smua peluh jantan CPM...serius CPM biasa weekend mmg jarang ada kat rumah,biasa time2 cmni abeskan masa bwk Raja Irfan & Raja Damia kuar jln2 ...shopping2...tp weekend ni CPM kene lepak rumah sbb keadaan Irfan yg memerlukan rehat yg secukupnya....yela,die kan br je kuar hospital so x leh nk aktif2 sgt lg...

So pg2 td after breakfast,trus Mr Ruffy bwk 2 org tuh pegi main control car kat tepi tasik berdekatan dgn rumah kami....so CPM teruskan agenda utk bekebun...act,dr arituh lg nk kemas2 kat taman qasehkuhoney tuh sbb dh bnyk tumbuh rumput2 liar...so dgn bekebun boleh kuarkan peluh dan secara x lgsungnya badan akan jd lebih sihat....

Oleh sbb dorg tgglkan CPM sorg2 kat umah,maka CPM pon ajak la Chiko & Chiki temankan CPM bekebun2 kat taman tuh....serius rasa happy sgt2 sbb 2 makhluk Allah yg comel tuh sntiasa buat aksi2 yg sgt cute....paling CPM suke bile Chiko & Chiki gosok2 mata die ngn tgn nya...sgt2 comelll howkeyhhhh....

Mula2,CPM kemas apa2 yg patut kat taman tuh...paling CPM suke ialah trim pokok2 bonsai & trim rumput kapet CPM tuh....dh setle smua,suruh maid sapu2 daun2 tuh then tadaaaa ....taman CPm sudah kembali kemas seperti sedia kala....lega & tenang skali melihat taman seindah itu....('-")....

tiba2...sbb kan leka bekebun,CPM teringatkan Chiko & Chiki yg CPm biarkan td kat area rumput2 kapet tuh.....

Dalam hati CPM berkata....Chiko hilang ke?? mana die pergi?? ala...jgn la ilang....mst Mr Ruffy sedih bile dpt tahu Chiko die ilang....arghhh tidakkkk....

Chikooooo....chikoooo...mana chiko pegi ni.....jgn la buat CPM risau ok....Chikooooo( smbil menjerit2 nama Chiko)....tibe2 CPM ternampak makhluk yg comel berlari2 ke arah tasik...makkk aiiii jauhnya ko lariii...serius CPM trus berlari dptkan Chiko....takut die pergi ke arah tasik dan lemas2 nnt cmna kan??....risaunyaa lahaiii....dan akhirnya,dpt jugak CPm tgkap si Chiko yg berlari ke arah tasik tuh....dalam hati CPM,fuhhhhhh legaaa gilerrr.....trus usap2 badan die....n nasihat pape yg patut...hrp2 Chiko faham ok apa yg CPM nasihatkan td?? jgn bikin hati CPM kacauuu ok??

uwaaaa pastuh teringat plak si chiki....nyesal x letak die kat sangkar dulu td....ilanggg jugak kee?? aiyooo....bebetul kelam kabut laa pg ni....dah la dorg x de ni....so CPM letakkan Chiko kat sangkar then trus crk2 si Chiki plak....carik punya carik....akhirnya CPM terjumpe chiki di sebalik rimbunan2 pokok2 bunga pepel CPM tuh.....sib baik x ilanggg....pastuh CPM amik si Chiko & Chiki utk sessi fotografi kat taman CPM tuh....sgt2 comelll howkeyhhh....mcm2 aksi dorg buat....bebetul buat CPM rasa bahagia.....('-")

CPM bebetul x sbr nk tggu dorg ni mengawan....mst anak2 beliau cntek2 mcm mama & papa die kan?? so nnt dh beranak pinak,CPM nk buat taman arnab plak...ok ke cdgn cmtuh?? hhahaha...so last skali,layan la ek pic2 fotografi yg CPM ambil kat taman qasehkuhoney td...CPM nk rest2 plak ni....penat bekebun td x ilang2 lg....bile dh bekebun cmni,baru la syiokkk pegi shopping2 di ptg hari kan sbb badan dh segar....ok laa...jmpe lg di next entry CPM ok...daaa~...("-')

ni landskap terbaru taman qasehkuhoney...('-")

CPM tggu aizul marcello jumaat ni utk tmbhkan lg landskap2 yg ada...

ni die Chiko & Chiki sedang leka mkn daun2....jgn mkn smua sudeyhhhh

ni die si comot Chiko....ni la die yg ilang td nk pi ke arah tasik...very the notty tau...

Chiko suke nyorok di sebalik pokok2...malu ek sbb mukamu yg comot??

jgn la comotkan lg muka mu itu....

Chiki tertidur...sejuk ek kat sini??

chiki sdg mamam carrot....leh abes ke ni??

chiki kecik lg...mkn pallet je dulu ok...

aksi chiki & Chiko...

Chiki adalah kacukkan pure anggora

comel x saya??

pandangan sisi rupa si chiki...

ni la aksi yg paling CPM suke skali...aksi gosok2 mata dgn tgn nya...mata masuk habuk kah??haha
06 November 2009

~Happy Birthday for My Prince Charming~

Salam smua...bertemu lg kat entry khas ni...act,entry ni ditujukan buat suami tersayang...Mr Ruffy ku...hanny tahu mst syg baca entry ni rite?? sebelum tuh maaf sbb entry ni lmbt dipublish sbb smlm CPM sehari suntuk keluar ngn Mr Ruffy utk celebrate besday die...happy jgn ckp la...of cource la kan happy sbb celebrate insan yg kita syg sgt2...

So smlm after celebrate besday my prince charming kat.....( x dibenarkan mention atas sbb2 tertentu),kami trus ke Butik Hajaba kat Shah Alam utk mencarik busana2 CPM...so kat sana,bnyk busana2 yg sesuai utk para muslimah...so smbil2 shopping,sempat jugak servey busana2 dorg utk butik CPM jugak...

so smlm mmg bsday my prince charming kan,CPM pon dpt cute gift jugak dr die...kita yg raikan die...die plak yg bg gift kat CPM...sgt2 romantik...( ada yg mencebikkan bibir ke tuh? CPM nmpk nia..haha) ok la,x mo citer lelebih,so layan je pic2 kat bwh ni ok...

Act,this entry ditaip khas utk my hsband...ok2 straight to the point...

gift2 utk mr ruffy...Panerai watch...caya x jam yg CPM beli ni ct pnh adiahkan pd datuk k...bukan nk tiru ok...sbb CPM dh jatuh hati ngn jam ini,so why not CPM belikan utk buah hati CPm tuh...satu lg gift adalah "Anggora Rabbit"...CPM pon x tahu cmna leh dpt idea nk bg rabbit tuh...seyess..mmg tomey sgt2....sbb rabbit ni kacukkan...so CPM beli jantan & betina...so smlm mr ruffy dh namakan dgn nama Chiko & Chiki...serius lg tomeyy dr botchi irine nadia marcello...hahhah,jgn jeles ok dik?? so bwh ni wish dr CPM for Mr Ruffy...('-")

p/s: happy birthday syg...semoga birthday kali ini,syg akan dipanjangkan umur oleh Allah utk menjaga & mendidik isterimu ini....semoga syg dimurahkan lg rezeki utk kita sekeluarga...semoga syg diberi kesihatan yg baik utk lebih beribadah kpd NYA...semoga Allah menambahkan lg kasih sayang yg ada utk lebih menyayangi hanny & anak...amin...semoga kita tabah dlm mghadapi ujian2 dr Allah...semoga kita sentiasa sabar dlm mendidik & membesarkan putera & puteri kita....semoga nur kebahagiaan sentiasa berada dalam keluarga kita....semoga Allah merestui & memberkati segala usaha syg selama ini...amin amin ya Allah...

" ~HAPPY BIRTHDAY FOR MY PRINCE CHARMING~"



PANERAI WATCH- jam ini ct pnh adiahkan pada datuk k...cayalahhhhh CPM

so sweet gift pd thn ini...('-")

~yg ni adiah paling sweet thn ni....anggora rabbit ...mr ruffy sgt2 suka~

CPM beli 2 ekor...jantan & betina...chiko & chiki...tomeyyyy

anggora rabbit dipercayai berdarah kacukkan....bulu yg sgt tebal n gebu

~CPM pon dpt surprise jugak from mr ruffy...MAC LIPSTIK LIMITED EDITION~

So sweet la mr ruffy...bsday die pon CPM dpt gift jugak..thanks dear

~Lipstik,lipgloss & lipliner with cute pink bag~

tidak dilupakan jugak gift utk 2 org anak mama...biru utk abg irfan ,pink utk adik mya ok

2 org permata kami...i love u so much...mmuuahhhh...eyhh lupe nk inform,anak CPM irfan udahh kuar dr hospital...terima kasih kpd kwn2 yg sudi mendoakan utk nya...alhamdulillah...tiada apa2 yg serius berlaku pd irfan...mama & papa sgt2 happy...alhamdulillah..:)