15 February 2010

~ Tergamaknya Kau ~

Assalamualaikum....buat smua pembaca2 budiman sekalian...terima kasih yg x terhingga sbb kalian silent2 reader sudi lg membaca karya2 CPM...terima kasih jugak pd yg sudi email CPM...terima kasih kalian smua...('-")

Sebelum CPM meneruskan entry ni...mohon smua pembaca2 sedekahkan Al-Fatihah buat kwn CPM..(tidak perlu utk disebutkan nama nya,takut aib)...Al-Fatihah...semoga Allah mencucuri roh mu di sana...dan semoga arwah ditempatkan ke dlm golongan org2 yg beriman,insyallah amin...

Baiklah,CPM buat entry ni pon sbb mmg ada kene mengena ngn CPM...iaitu mengenai "santau"...ntah la,CPM sgt2 kesal dgn sesetengah sikap manusia yg apabila rasa tidak puas hati,trus berjumpe bomoh2 utk santau org yg tidak disukai ataupun dgki... nape la ada manusia yg mcm ni ek kat dunia ni?? sedangkan Allah ciptakan manusia smua baik2 belaka...tp tuh la apabila nafsu dan dengki menguasai diri,itulah yg terjadi...sgt2 kesal...mmg skang ni kalau kita ngk,mcm dh jd trend plak santau2 ni kan...dunia akhir zaman mcm ni laa...pantang ngk org tuh berjaya sket,dh mula nk dengki2...apabila manusia tuh ada kelebihan sket,dh mula nk bomoh2...kenapa ya Allah?? kenapa umat MU sedemikian rupa?? Allahuakbar...

oklah kat entry ni CPM nk share sket info2 ttg santau ...hrp2 info ni smua akan memberi panduan buat pembaca2 yg CPM sayangi slalu...sebelum berlaku apa2,lebih baik kita bersedia...mksud CPM bersedia dari segi ilmu2 agama...hanya itu shj yg dpt jd benteng pertahanan diri kita,insyallah...semoga kita smua dijauhi dr perkara2 yg mungkar dan keji...semoga kita smua selamat di dunia & akhirat...cuma satu je la pesanan CPM,x perlulah kita nk rasa dengki2 dgn kejayaan,kelebihan yg ada pd seseorang,alangkah bagus kalau kita smua rasa gembira atas apa yg kwn kita miliki...dan alngkah bgus nya kalau kita sama2 bersaing secara sihat utk jd mcm kwn kita tuh...betul x?? renung2 kan lahh....x guna kalau korg nk santau2 ni...ingatlah balasan Allah sekelip mata shj...

Lagi satu CPM nk berpesan,kalau anda smua nk bergambar boley tp cuma jgn letakkan gambar penuh dekat alam maya...i mean mcm fb,myspace,blog,frenster, dan bnyk lg la..sbb org boley santau melalui gambar yg penuh...so be carefull yaa...pesanan utk adik2 CPM ngn diri sndiri jugak...insyallah...

So mulai hari ini,detik ini..sama2 la kita bersihkan hati kita dr sifat2 yg Alllah x suka...jernihkanlah kembali hati mu dgn ayat2 suci Al-Quran...insyallah anda smua akan menjadi tenang dan akan memiliki hati yg baik...( x yah la dgki2 lg ok)

Di bwh ini CPM sertakan sedikit inffo tentang santau...sama2 kita tingkatkan ilmu pengetahuan kita yaa...insyallah...('-')


Hosted by Galleries.cetrine.net

salah satu cara santau...bakar gambar ...bahaya x??



SANTAU

Santau dan racun menurut para perawat tradisional tidak pasti perbezaannya. Ramai di kalangan mereka berpendapat bahawa kedua-duanya adalah sama. Hal ini berlaku adalah kerana bahan-bahan yang digunakan untuk membuat santau dan racun adalah sama. Rawatannya juga adalah sama.

Terdapat beberapa ciri sahaja yang boleh dijadikan panduan bagi mengenal pasti samada seseorang itu terkena racun atau santau. Pada kebiasaannya, mangsa racun akan menderita serta-merta seperti berlakunya muntah darah. Mangsa santau mengambil masa lama menyebabkan mangsa tidak menyedari sehinggalah mangsa tersalah makan seperti limau nipis dan nenas. Ini adalah kerana mangsa santau amat sensitif kepada limau nipis dan nenas.

Jenis-jenis Santau:

Santau boleh dibahagikan kepada dua jenis:

Jenis pertama: Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan peranan jin dan syaitan. Jenis ini agak mudah dirawat.

(Santau yang disediakan dan diberi makan kepada orang tertentu secara hakikat.Hakikat disini bermaksud santau yang tidak disokong dengan penggunaan ilmu sihir yang melibatkan iblis dan syaitan. Kesan santau ini semata-mata bergantung kepada kekuatan dan keberkesanan bahan-bahan yang diadunkan.Mangsa santau jenis ini boleh menemui ajalnya bergantung kepada kekuatan bahan adunan itu.Walau bagaimanapun bahan itu mudah keluar melalui saluran najis seperti proses makanan biasa).

Jenis kedua: Santau yang disertai dengan pemujaan terhadap syaitan dan syaitan. Ianya dikenali sebagai santau angin dan ianya agak sukar dirawat kerana melibatkan peranan jin.

(Santau yang disediakan daripada bahan dan kaedah tertentu menggunakan hikmat.Istilah hikmat disini bermaksud santau yang dibuat disertai pemujaan iblis dan syaitan.Santau jenis ini tidak mudah keluar melalui saluran najis.Ia akan kekal dalam badan selagi tidak dikeluarkan dengan cara tertentu.Mangsa santau walaupun telah diubati tetapi saki baki santau yang tinggal dalam badan akan membiak dan boleh menyebabkan mangsa berkenaan sakit semula).

Tanda-tanda Terkena Santau:
Jika seseorang mengalami gejala-gejala berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:
• Batuk berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
• Istihadhah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
• Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kadang sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
• Sakit dan sesak nafas terutama waktu Maghrib.
• Lenguh seluruh anggota badan.
• Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
• Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
• Mimpi bahan-bahan miang seperti miang buluh dan ulat bulu.
• Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
• Mimpi kanak-kanak kecil seperti mimpi menyusukan kanak-kanak tersebut.
• Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
• Mimpi makan makanan yang kotor seperti bangkai dan babi.
• Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau bermimpi pergi ke tempat-tempat ibadat bukan Islam.

Kesan-kesan Santau:

Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti berikut:
• Boleh membawa maut dengan izin Allah S.W.T.
• Hilang daya ingatan.
• Kulit akan merekah serta keluar air dan nanah.
• Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali dengan penyabar bertukar menjadi panas baran.
• Badan menjadi bongkok akibat batuk berpanjangan.
• Badan menjadi licin disebabkan seluruh buluh di badan telah gugur.
• Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang sering terganggu.
• Terjadinya kanser dan ketumbuhan.
• Jika pesakit hamil akan mengalami keguguran.

Berubatlah jika terdapat tanda-tanda di atas!

PERHATIAN:

Simptom terkena santau ialah perut terasa pedih,tekak terasa panas dan berpasir,sering bermimpi jatuh tempat tinggi,badan terasa miang gatal-gatal,batuk berpanjangan dan muntah darah dengan kerap.Jika anda,ahli keluarga,teman dan sebagainya terkena santau.

Photobucket

pic CPM yg separuh...takut wooo nk letak pic full keseluruhan badan...=)

18 CPM's comments:

  1. ada surprise ke ni kak dlm next entry??

    huhu

    ReplyDelete
  2. wah!!mengerikan!!!cepat dik ...kaklyn nak tau kenapa!!!

    ReplyDelete
  3. kakak!!

    cepat update!! mau tau dong..

    *giler seram tgk pic tuh*

    ReplyDelete
  4. blog dh update...ttg santau...kwn CPM meninggal akibat santau..:(

    ReplyDelete
  5. "santau" sangat mankutkan..kwn sy pnh mngalami santau ne.kcian dia..kluar kca kt urat2 tangan dia 2...byangkan btapa skitnya dia.sngat x brprikemanusian org yg mnghantar 2.xtkot dsa...

    ReplyDelete
  6. betul apa yg hanny tulis tu, apa yg penting lindungilah diri kita semua dari terkena santau dengan memperbanyakkan dengan amalan berzikir, ayat qursi, baca quran, solat,puasa...

    jauhilah sifat hasad dengki, iri hati dsbgnya...INGATLAH dengan KUASA ALLAH yang MAMPU LAKUKAN SEGALA2NYA..

    semoga arwah berada dikalangan para syuhada...alfatihah

    ReplyDelete
  7. uwarrghhh..tatottsss!!!harap dijauhkan sejauh2nyaaa!!!

    ReplyDelete
  8. kak hani, nana adalah jugak mimpi ular dgn jatuh tempat tinggi.. bahaya ke? ada apa apa ke?

    ReplyDelete
  9. mmg la..tis lately byk sungguh pasal santau2 ni...apa lah manusia skarang...kaklyn pun tgh tolong kawan baik kaklyn kat skolah..dah 3 minggu pi berubat..yg buat pun rakat sejawat....cikgu pun tergamak buat menda terkutuk tu kan???Ustaz yg berubat dia pun terkejut...tapi nak buat mcmne..nama pun manusia...

    take care hanny..kita mungkin tak rasa kita tak menyakiti hati org tapi org terasa mcm di sakiti...haiih..mcm2 kan...hany jaga diri n teruskan amalan2 harian hanny..kalo ble share kan doa2 yg hany amalkan kepada semua..

    miss u~kaklyn~

    ReplyDelete
  10. al-fatihah..

    semoga kita dijauhkan dr musibah itu..nauzubillah..

    *camtek page baru.. =))

    ReplyDelete
  11. aduh kak,,
    takut ar...

    btw, nape tukar background?
    agak susAh nak bace..

    ReplyDelete
  12. akk cpm jgn bakar gmbr cun itu
    syg sgt..
    gmbr tu kne antar kt modelling agency =)
    biase la manusia
    cemburu bile org maju
    tersenyum bile tgk org tersungkur
    moral of this story
    sucikan ati...

    ReplyDelete
  13. bahayanya santau ni.thx akk cpm sbb kongsi pasal santau ni.byk membantu sangat sangat.

    btw,lawa la blog yg bru ni :)

    ReplyDelete
  14. moge kite semua d jauhkan dr sume tuh..
    insyAllah.
    amin~

    ReplyDelete
  15. Mintak kita semua dijauhkan dari santau ..semoga Allah sentiasa melindungi diri kita dan keluarga kita dari panahan mata orang ..Aminnnn

    ReplyDelete
  16. oh btol2 tu, saya setuju sgt dgn sis, memang rmai sgt org yg kena benda2 mcm ni sebab suka sgt letak gmbr penuh nampak badan semua, tu la kdg2 hati manusia hitam sgt smpai dosa pahala pun dah tak kenal. :)

    btw, suka sgt2 baca entry info mcm ni dr blog sis.

    ReplyDelete