27 June 2010

~ Mata menawan Idaman Kalbu~

Photobucket

contest mata menawan:-

So syarat2 nya amat mudah sekali...let's check it out:-

Terma & Syarat penyertaan:

1) contest ini terbuka kpd smua kaum hawa yg rasa2 nya matanya cantik & sihat...x kira sesiapa pon boleh je join...anak dara,mak dara,mak buyung,wanita lps bersalin....yg penting CPM nk ngk mata anda yg menawan & sihat tuh...

2) Anda dikehendaki membuat entry di blog anda sendiri yg bertajuk " Contest Mata Menawan"...link kan skali contest ini di blog anda...mana tahu org yg terbaca entry anda itu berminat jugak utk mencubanya...jugak x lupe,dlm entry contest tuh,anda haruslah meletakkan gambar mata anda yg menawan itu agar pihak juri dpt menilai betul ke mata anda sihat & menawan..hehe...;p

3) Anda hendaklah meletakkan 2 keping gambar (lebih pon x pe)...gambar hendaklah fokus di bhgn mata anda dan sekeping lg adalah gambar keseluruhan muka anda..Anda juga boley mengambil gambar menggunakan contact lense tp suka saya nak ingatkan di sini,saya x berapa suka dgn contact lence yg bukan2 colournya seperti biru,hijau,merah,pink & etc....lence anda hendaklah colour2 yg natural seperti coklat @ hitam...itu saya suka..;p

selain itu,utk menambah seri mata, anda juga boleh mengenakan gaya makeup2 yg natural...mungkin ianya boley membantu menyerikan keserian di mata anda.

4) Selain itu juga,sila nyatakan petua @ tips2 yg anda lakukan utk menjaga kecantikan & keserian mata anda...mungkin tips2 berguna ini boleh dikongsi dgn org lain...betul x??

5) setelah selesai membuat entry psl makeup,anda haruslah membuat slogan yg pendek dan ringkas mengenai " CPM honey nurhaliza yg saya kenali adalah........( tidak melebihi dr 15 patah perkataan) dan biarlah slogan itu ikhlas dr hati anda dan bukannya bodek...huhu

6) anda wajib jd follower blog ini....kpd yg dh jd,sila abaikan...

7) Jgn lupa paste kan banner ni di side bar blog anda beserta logo link contest ini...

8) dh selesai smua, sila link kan contest anda di bhgn comment entry ini...atau anda boley lah email to CPM @ honey_nurhaliza@yahoo.com

9) contest ini bermula pada tarikh 28 june 2010 --> 28 julai 2010,so ada masa sebulan utk anda join contest ini.

10) pemenang akan diadili berdasarkan mata anda yg cantek & sihat...keputusan pengadil adalah muktamad.

11) pemenang akan diumumkan setelah tarikh contest ini tamat iaitu pd 29 julai 2010...

Hadiah Pemenang

hadiah utk pemenang "contest mata menawan" ini adalah set makeup "mata" from marykay product...beserta contact lense bigger eyes ( colour dirahsiakan ya kwn2)

~ attention...!! due date " contest mata menawan" by CPM honey nurhaliza akan dilanjutkan sehingga 31 julai 2010 yaa..kpd sesiapa yg berminat utk join,anda masih mempunyai peluang lagi..~



Photobucket

selamat mencuba...('-")
24 June 2010

~ Tutorial kening cantek~

Photobucket

Sabda Nabi Muhammad S.A.W:

"Allah melaknat para wanita mentatoo dan para wanita yang minta dibuat tatoo, para wanita yang mencabut bulu kening dan para wanita yang minta dicabutkan bulu keningnya, para wanita yang minta diratakan giginya, dan para wanita yang mengubah-ubah ciptaan Allah S.W.T" (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud & Abdullah Mas'ud Radiyallahu Anhu)


KAUM wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa. Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mencantikkan wajah.

Antara cara dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan mencukur sebahagian atau kesemuanya sekali. Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensil alis sehingga kelihatan lebih cantik dan menarik.

Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia persolekan wanita tetapi sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam dan berterusan hingga hari ini. Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran serta kepakaran yang ada, bulu kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah seseorang boleh dibentuk dengan mudah. Walau bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, termasuk bidang persolekan.

Ok,itu serba sedikit ttg hukum yg saya nk kongsikan bersama pembaca2 blog saya ni...sbb kdg2 perkara2 yg dianggap kecik & remeh tuh la,seringkali kita smua abaikan & terlepas pandang...sbb perkara2 tersebut adalah dilarang sama skali dlm hukum islam.

Saya seringkali perhatikan,setiap kali perempuan yg ingin menjadi pengantin,mesti keningnya dicukur oleh mak andam2...x boley ke kalau kita ckp sebegini " maaf kak,saya tidak mahu mencukur kening kerna hukumnya haram" berapa ramai yg ckp sebegitu?? kalau ada,alhamdulillah...dan saya harap,bila adik saya ingin berkahwin nnt,saya akan pastikan keningnya tidak dicukur & masih lagi boleh kelihatan cantek menawan bukan??

Ok pada entry saya kali ini,ingin saya kongsikan tips2 solekan kening tanpa mencukurnya dan juga cara2 menjaga kening anda supaya lebat & cantek terbentuk...semoga dgn tips2 berguna ni,anda tidak lagi mencukur kening anda...

Namun tidak semuanya yang bernasib baik dan memiliki bentuk kening yang tersusun rapi dan tebal. Penampilan wajah yang sudah disolek mungkin nampak kurang menyerlah kerana bentuk kening yang tidak seberapa jelas. Justeru, untuk menyelamatkan keadaan itu, anda boleh cuba melakukan beberapa teknik melakar kening menggunakan warna yang betul tanpa perlu memantasnya.

Solekan melakar bentuk kening :

1. MULAKAN dengan menyapu krim asas untuk mendapatkan sapuan solekan yang lebih sekata dan tahan lama.

2. SAPU dan ratakan bedak asas ke seluruh kulit. Seeloknya gunakan span kemudian diikuti dengan bedak.

3. GUNAKAN pembayang mata warna asas seperti coklat gelap untuk disapukan ke kening mengikut bentuk dengan menggunakan berus kening. Lakarkan perlahan-lahan agar nampak sekata. Jangan sesekali lukis kening dengan warna hitam kerana ia akan menimbulkan tekstur yang tidak asli.

4. BAGI memberikan kesan yang lebih cantik dan asli, warnakan kelopak mata anda dengan warna yang lembut untuk bagi mereka yang ingin ke pejabat, manakala untuk anda yang hendak ke parti, bolehlah cuba solekan smokey-eyes dengan gabungan warna gelap.

5. SELESAI mewarnakan kelopak mata, jangan lupa untuk turut mengenakan maskara bulu mata sebagai penyeri. Kening yang dilukis tadi pasti membuatkan anda tampak lain dan lengkap untuk menjalankan aktiviti.

Photobucket

suke brow set MAC ni...natural

tp bg saya pula,saya lebih suke menggunakan brow set MAC ni...sgt2 natural n sng nk bentuk bulu kening...so ia akan nmpk lebih natural terbentuk...& nmpk kan seolah2 lebat...i loiikeeee howkeyhh...so mana2 pegi just bwk bnde tuh seketul je...sng & mudah berada di dalam bag makeup saya...saya pilih kaler yg sgt2 natural..('-") refer pada bulu kening saya yaa...

Ok rasanya saya stop di sini dulu ya...& insyallah saya akan update lagi jikalau saya mempunyai masa yg terluang...dan akhir skali,mohon maaf jikalau ada tersalah ckp,terkecik kan hati sesiapa...tiada niat cuma saya ingin menyampaikan sesuatu shj...('-")

" Matlamat tidak menghalalkan cara..Wallahu'alam "

" Yang baik itu datang dari Allah & yg buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri"

Maaf kiranya hamba yg kerdil ini menegur,

Buat tatapan semua rakan ku utk berhibur,

Ruangan ini sampaian madah utk di hulur,

Walau nak marah, atau menegur, gunakan madah atau pantun yg betul..

Moga untaian hati sesama kita tak kan lentur,

Ini ruangan sekadar utk kita berkongsi segala ilmu..

sekian buat smua pembaca2 blog qasehkuhoney...('-")


Photobucket

nk nmpk dramatik...eyeliner tuh pakai atas bawah...yg bhgn atas tuh,buat ala2 cat eyes...

Photobucket

walaupun tidak mencukur kening,anda masih lagi boley bermakeup cantek & kemas utk tatapan suami anda...;p


Photobucket

ok last pic yg sgt2 cntekkkkkkkkkkk...
09 June 2010

~ Open ur Eyes ~

Dari mata turun ke hati. Kepentingan mata kepada kita terlalu penting kerana ia adalah deria utama bagi aktiviti harian kita.Kehilangan kemampuan mata boley menimbulkan pelbagai masalah antaranya low pyopia,high myopia dan amblyopia (lazy eye).

Kadang2 manusia semakin lupa akan nikmat MATA yg Allah telah anugerahkan pada mereka sebab banyak melihat perkara2 keji & mungkar dan segala bentuk maksiat yg melibatkan mata...saya teringat akan satu kisah seorg pemuda yg dahulu di zaman mudanya,beliau banyak melihat perkara2 keji & maksiat & setelah Allah tarik kembali nikmat mata ke atas pemuda itu dalam suatu kemalangan,beliau kini hilang nikmat melihat dan baru dia tersedar yg mata itu benar2 penting dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah utk melakukan ibadah2 seharian...nauzubillah,moga kita smua terhindar dari melihat perkara2 yg tidak baik dan sama2 kita hargai & gunakan mata kita tuh ke arah kebaikan bersama...insyallah...

percaya x anda kalau saya mengatakan power rabun saya 2.50 dua2 belah mata?? mst x caya kan sbb nmpk mata saya sihat je...bestnya dpt nikmat mata yg terang kan...ok sebab kan mata saya rabun la,saya menjaga mata saya sebaik yg mungkin...sbb saya terlalu sayangkan anugerah dari Allah ni...('-")

ok berkenaan ngn penjagaan mata ek??

sbb mata ni sgt2 sensitif penjagaan die..tuh sbb kene jaga bebetul...supaya eyebag & lingkaran gelap bawah mata tuh x kan wujud...ok bwh ni apa yang saya amalkan utk penjagaan mata saya:-

1) minum 3 liter air sehari utk dptkan kelembapan smulajadi tp Elakkan dari minum air 2 jam sebelum tidur.Ini kerana minum air dengan banyak sebelum tidur akan mengakibatkan kulit pada bahagian bawah mata bengkak dan sembab.

2) WAJIB bersihkan sisa2 makeup,maskara yg ada kat bhgn mata guna eye makeup remover yg btul & Pastikan anda membersihkan solekan pada bahagian mata sebelum tidur. Jika solekan tidak ditanggal betul-betul, sisa-sisanya akan tertinggal pada mata. Anda harus ingat kulit bahagian mata amat lembut dan sensitif. Jika tidak dijaga dengan betul, ia boleh bertukar kehitaman, atau dipenuhi dengan bintik-bintik halus.

3) jangan gunakan pelembap muka pada bahagian mata. Kandungan minyak dalam pelembap muka agak tinggi, dan ia boleh mengakibatkan 'oil seed' sekeliling zon mata. Sebaik-baiknya gunakan gel mata untuk merawat kulit mata yang lembut dan sensitif. Untuk hasil yang terbaik, gunakan gel mata yang mengandungi ekstrak timun, 'witch hazel', dan pro vitamin B5.

4) kalau weekend,amalkan letak timun kat bhgn mata utk ilangkan stress n kedutan di sekitar mata.

5) guna eye revitalizer marykay utk mata..(sapu waktu mlm)

6) Elakkan mata memakai kanta lekap lebih dari 12 jam kerana ia meletihkan mata.

7) amalkan pati innershine prun & berry utk kesegaran n kecntikan mata..boley lihat pic2 close up bhgn mata saya.....pati berry saya ambil di waktu siang manakala pati prun saya ambil pada waktu malam sebelum tidur...jumlah utk penggunaan sebulan ialah berry 4 kotak & prun 4 kotak,total 8 kotak utk penggunaan sebulan..sgt2 berbaloi dengan hasil mata yg saya perolehi....ehehe

8) amalkan beberapa vitamin..:)

Hari ini sebelum kita melihat perkara2 yg tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat melihat sama sekali.


Photobucket

ini innershine pati prun & pati berry yg saya amalkan...sgt2 berbaloi yaa ..

Photobucket

selain dari penjagaan kesihatan mata,sekiranya nak nampak mata lebih segar & cantek..gunakanlah eyeliner yg sesuai...anda akan dapat hasilnya...

Photobucket

contoh saya memakai eyeliner colour biru...

Photobucket

mata yang cantek & sihat amat penting bagi saya...daaaa~