05 December 2011

Doa Amalan utk Ibu yg Menyusukan Anak

Salam,
Kepada ibu-ibu yang menyusukan anak walaupun dah bermacam-macam usaha anda lakukan untuk memastikan susu sentiasa cukup dan meriah tapi jangan lupa untuk berdoa. Kerana kita tahu bahawa susu itu adalah rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk anak kita dan dari Dia jugalah kita memohon agar murah rezeki susu untuk anak kita..InsyaAllah..

"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."

Surah al-Hujurat & al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.
Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun... 

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....



credit..:)

 kedua2 anak saya yg berjaya full breastfeeding selama 2 thn..syukur




dan kini danish ieman sdg dlm proses breastfeeding mama nya...hope berjaya seperti abg dan kakak nya..amin

My journey -breastfeeding ieman ~


alhamdulillah danish ieman membesar dgn baik & sihat dgn susu mama nya...Allah murahkan rezeki nya utk menikmati susu yg lebih berkhasiat iaitu "breast milk"

Alhamdulillah bila saya berkongsikan pengalaman saya menggunakan set vitamin for breastfeeding di email,ramai ibu2 /mama2 di luar sana yg sudah pon berjaya mendapatkan apa yg diimpikan selama ini iaitu dpt menyusukan sepnuhnya baby mereka...syukur alhamdulillah bila benda yg baik kita kongsikan dgn org lain maka kebaikan nya kita akan rasai bersama...syukur..

Di sini juga saya ingin menceritakan serba sedikit tentang set2 yg saya amalkan utk bnykkan susu ibu utk si kecil danish ieman...

Sejak dr pregnant kan danish lagi,saya banyak membaca buku2 dan pengalaman2 ibu2 yg berjaya breastfeed ..mmg dlu irfan & mya saya berjaya breastfeed selama 2 thn tp saya tetap juga baca dan timba pengalaman2 ibu2 yg lain juga sbg pandauan utk saya berjaya kali ke 3 ni...insyallah bila niat kita dh ader,insyallah segala2 nya Allah akan permudahkan..saya juga ader mengamalkan doa2 utk banyakkan susu ibu sampailah skrg agar pengeluaran susu ibu sentiasa ada utk si kecil danish...

Since danish ieman lahir ke dunia ni,pengeluaran susu telah berjaya dari hari pertama lg..tp x sebanyak skrg sbb maklum la time tuh kan baru je lepas bersalin,so ambil masa utk saya perbanyakkan susu ibu...

dan bila saya consume makanan + set vitamin for breastfeeding,alhamdulillah susu makin banyak dihasilkan dan yg paling bestnya danish ieman mudah kenyang,mudah hadam,antibodi bdn kuat ,jarang demam,tulang kuat,kulit cntek ( yg ni saya amalkan vitamin khas utk skin baby since prgnant)

set2 vitamin yg saya amalkan utk banyakkan penghasilan susu ibu adalah :-

1) b complex 
2) vit c
3) alfalfa
4) vitalea

ini rahsia saya berjaya menyusukan danish,maka saya akan kongsikan dgn mama2 di luar sana yaa:-
  1. kerap dan konsisten pam
  2. jaga makan
  3. bertenaga
  4. minum air mencukupi
  5. sentiasa berdoa seiring dengan usaha yang dilakukan.
Sifat kebergantungan pada Al Khaliq wajib ada dalam diri setiap insan. Sebab rezeki ini datang dari ALLAH....walau banyak mana usaha perlu disertakan doa. Kerana doa pelengkap usaha dan doa membuatkan kita sedar kemampuan kita sebagai makhluk. Kita kena tahu sebagai makhluk kita perlu berusaha dan usaha perlu seiring dengan matlamat. 


Last but not least, ingatlah bahawa susuibu itu adalah rezeki. Rezeki yang sangat unik. Namun rezeki ini datangnya dari ALLAH jua. Dekatkan diri padaNYA, nescaya kita kuat dalam melalui apa jua cabaran. cabaran boleh hadir dalam banyak bentuk namun jika mentally prepared, insyaALLAH kita teruskan jua perjuangan demi anak tersayang.

bg yg ingin berjaya menyusukan baby sepnuhnya,boleh la mendapatkan set vitamin ni dgn saya...boleh email ur order di honey_nurhaliza@yahoo.com...


b complex,vita c,vitalea & alfalfa kini hanya Rm 332 sahaja..