09 March 2012

~ Atasi Kulit Berminyak,Berjerawat & Berjeragat ~


Kulit Berminyak
Kulit berminyak akan mengundang jerawat. Jerawat disebabkan oleh inflamasi kelenjar sebum. Munculnya jerawat adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. Faktor-faktor lain yang sering dikaitkan dengan kehadirannya adalah keturunan, bakteria, tekanan psikologi yang keterlaluan/stress, dan cuaca. Kulit yang terdedah dengan bahan kimia tertentu mungkin merangsang munculnya jerawat. Untuk mencegahnya:
  • Kurangkan makanan berminyak
  • Minum air dengan banyak setiap hari
  • Sentiasa mencuci muka terutamanya selepas di luar, setidak-tidaknya, lapkan muka dan leher anda dengan kain/tisu lembap.
  • Jika anda menggunakan losyen muka, pastikan ianya bukan dari jenis berminyak tapi berasaskan air. Elakkan yang mengandungi 'mineral oil'.
  • Pastikan anda membersihkan solekan anda setiap hari dengan make-up remover yang bersesuaian.
Saya explain kan kebaikan stiap suplement dlm set ni ya:-


Vitamin B complex : ianya penting dalam kestabilan hormon kita. Kekurangan b complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan banyak lagi. Bila kita dalam keadaan hormon yang tidak stabil jerawat akan mudah terhasil.

Vitamin C : ianya sangat penting dalam pembentukan kolagen. Ramai kita yang sibuk nak beli kolagen walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.

Vitamin E
 terkenal sebagai vitamin awet muda. Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene. Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak.

********************************************************************************************************

saya suka nak berkongsikan ini :-


10 Kesilapan Besar Si Kulit Berminyak/Jerawat 
Semua orang nak kan kulit yang halus licin, bersih sekata,.. pendek kata; kulit yang cantik cun. Walaupun bagi sesetengah kes berkaitan ketidak seimbangan hormone dan faktor genetic, ada dua perkara penting yang anda boleh buat 1-mengubah tabiat buruk yang menyebabkan jerawat dan kulit berminyak dan enjoy kulit yang sihat dan cantik.


Jerawat akan muncul apabila minyak/sebum, bacteria dan sel kulit mati menyumbat liang roma pada kulit muka. Kebanyakkan si oily skin lebih berpotensi tinggi mendapat jerawat, tetapi dengan mengikis tabiat buruk sedia ada (mungkin anda atau orang lain), jerawat dan kulit berminyak boleh diatasi.
Jom kita tengok apakah tabiat2 buruk yang selalu dibuat;

1-Membersihkan muka terlalu kerap
Ramai yang lakukan ni! Dengan harapan kulit akan sentiasa kering dan jerawat cepat mati. Cara yang salah yang akan menjadikan kulit semakin berminyak/berjerawat. *Cuci muka (dengan cleanser) 2kali sudah mencukupi ; pagi dan sebelum tidur. 

2-Menyental kulit dengan scrub
Berskrub dengan loofah atau produk scrub yg terlalu kasar akan menyebabkan iritasi seterusnya menyebabkan keadaan kulit semakin teruk. *Berscrub 1-3kali seminggu, menggunakan scrub yg halus tekstur nya, diurut lembut ke muka, dan bilas dengan air suam.

3-Tidak membersihkan peluh
Penat bekerja atau membuat aktiviti berat menjadikan badan (termasuk muka) berpeluh2. *Jangan biarkan peluh itu kering dan menyerap ke dalam kulit. Bersihkan muka, mandi terus.

4-Picit jerawat
Ini sangat normal bila ada jerawat, tangan mula merayap nak memicit. Tabiat picit jerawat dengan kuku bukan saja memburukkan keadaan kulit malah boleh sebabkan parut. *Jauhi tangan dari menghinggapi muka (jgn picit dgn kuku), gunakan lotion jerawat, ampoule dan masker.

5-Shampoo rambut yang meleleh ke muka
Ber-Shampoo rambut tidak salah. Tetapi apabila shampoo rambut terkena muka, ia boleh membuatkan kulit berjerawat. Sebab; shampoo mengandungi bahan pelembab/ minyak untuk melembutkan rambut. *Pastikan buih shampoo tidak terkena bahagian dahi dan muka.

6-Produk rambut hanya untuk rambut
Spray rambut, gel, mousse dan apa saja produk penjagaan rambut tidak seharusnya digunakan untuk kawasan muka. Ini bagi mengelakkan pori2 tersumbat kesan bahan yg terdapat dlm produk penjagaan rambut. *Elakkan gel, spray, conditioner etc2 terkena kwsn muka

7-Makan makanan berminyak
Greasy food boleh sebabkan kulit berjerawat dan berminyak semakin menjadi, muka semakin berminyak. *Amalkan makanan diet yang sihat, kurangkan makanan berminyak.

8-Penggunaan kosmetik yang mengandungi minyak
Produk yang mengandungi minyak aakan sebabkan kulit sukar sembuh dari jerawat dan semakin berminyak. *Bila nak beli mekap, make sure beli yang oil-free dengan label non-acnegenic atau non-comedogenic utk mengelakkan jerawat. Boleh juga guna BB Cream utk elakkan jerawat.

9-Berhenti mengambil treatment untuk jerawat
Jika anda mengambil ubat dari doctor bertauliah (pakar kulit) untuk jerawat, itu adalah tindakan yang bagus. Tetapi jangan sewenang2nya berhenti apabila jerawat dah sembuh. *Untuk elakkan jerawat muncul semula, habiskan ubat mengikut prescription doctor atau sebaliknya (mengikut nasihat doctor). Amalkan supplement untuk dapatkan kulit yang sihat, bebas jerawat dan bebas minyak mcm Activite,Collagen & Tablet Delima.


10-Menggunakan Whitening Skin Care
Ramai yang bercita-cita mahukan kulit putih, tetapi penggunaan set pencerahan kulit adalah sangat tidak bersesuaian untuk kulit berjerawat. Dari segi bahan dan kandungannya membolehkan jerawat tidak sembuh, muka semakin berminyak dan berpotensi meninggalkan pigmentasi. *Gunakan set penjagaan kulit khas untuk kulit berminyak dan berjerawat. Untuk mencerahkan kulit, atasi masalah kulit anda dahulu.



Jika anda mengalami masalah kulit berminyak dan berjerawat, ianya boleh dirawat. Anda boleh miliki kulit yang cerah bersih, bebas minyak dan bebas jerawat insyaAllah.. 

Dengan syarat:
-Anda memberikan masa untuk kulit anda menerima perubahan
-Memilih produk yang bersesuaian dengan kulit jerawat
-Tidak menggunakan kekerasan kepada kulit, tetapi belailah kulit anda
-Minum lebih banyak air masak dan makan sayur dan buah-buahan
- MENGAMALKAN SET SUPLEMENT SKINCARE DAN LIHAT HASILNYA! 



UTK ORDER SILA EMAIL SAYA DI : 
honey_nurhaliza@yahoo.com

3 CPM's comments:

  1. akak :)
    saya nak tanya, kalau saya letak losyen baby johnson kat muka boleh takk?

    ReplyDelete
  2. salam akak :)
    kalau saya letak johnson baby [ lotion ] kat muka boleh tak?

    ReplyDelete