15 November 2012

~ 10 Cara Lebih Langsing, Jom Tiru Cara Saya !~


Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan, kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal, ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh!

So apa kata sempena Tahun Baru Maal Hijrah ni, kita bebetul nekad utk turunkan berat bdn a.k.a KURUS KAN BADAN ...utk kesihatan & kecantikan kita jugak kan?? 

x de semangat nak turunkan berat bdn?? apa kata anda smua tiru cara saya iaitu ketika berat saya dulu 88kg ( size xl ,xxl) ,saya beli baju idaman hati saya size M...sbb apa saya buat cmtuh?? supaya saya lebih bersemangat nak kecikkan bdn saya dan boleh sarung baju size M tersebut...dan now alhamdulillah saya dh mmg bersize M...saya rasa ckuplah kot size M...S nnt kecik sgt pulak kan...:P

Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.



 8-9 bulan pregnant 91kg...after baby keluar, berat ketika berpantang 88kg...




latest 55kg...

Justeru, terdapat 10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:


1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.

Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.

2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.

Bagi anda yang berdiet, boleh ambil suplemen seperti lechitin, omega setiap hari selepas sesi senaman utk pembakaran lemak.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.

Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.


6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:

Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,

Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),

Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)

Minum petang (3.30 - 4.00 petang)

Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)

Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.


Sebagai contoh:

Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.


10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.


Semoga 10tips kuruskan badandi atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.
sebenarnya tiada yg mustahil kalau anda betul2 nekad nak kuruskan bdn, janji anda SABAR & ISTIQAMAH...Smuanya akan berhasil...x percaya?? jom email saya utk mengetahui set apa yg saya guna utk turunkan berat saya tuh...

INGINKAN BEST PRICE UTK SMUA SET2 DI BAWAH INI ?? EMAIL ME  @  honey_nurhaliza@yahoo.com


1) SET SUPLEMENT SKINCARE ( HOT SELLING !!! )
2) SET JERAGAT  ( HOT SELLING !!! )
3) EXZEMA SET  ( HOT SELLING !!! ) 
4) SET KESUBURAN WANITA ( HOT SELLING !!)
5) SET PREGGY  ( HOT SELLING !!! )
6) SET BASIC SLIMMING ( PALING RAMAI BELI ) 
6) SET BERPANTANG  ( famous di kalangan ibu2 ) 
7) SET BREASTFEEDING ( HOT SELLING !!! )

1 CPM's comments:

  1. akak..nak kurus jugak..skang berat 61, dulu 50 je..skarang makan dah slow, nasik dah kurang, dah kuat bsenam tp tulah nmpak mcm masih berisi..akak amik brape lame masa nak kurus balik ye?

    ReplyDelete