12 December 2012

~ Kenapa Wujudnya Jeragat?? ~


Jeragat ialah tompok-tompok hitam yang disebabkan melanin yang terkumpul dan menjadi warna coklat muda atau coklat tua. Kadang kala ia hitam yang terkumpul di muka biasanya berkelompok, baik di pipi mahupun di dahi atau dagu. Jeragat boleh dipudarkan atau dikurangkan, tetapi tidak boleh dipulihkan sama sekali.

Jeragat boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu seborrhoeic keratoses, melasme dan skin tag. Seborrhoeic keratoses ialah timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup pada kulit. Melasme pula tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit. Skin Tag  ialah daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan teher. Jeragat tidak berbahaya namun menyebabkan kulit muka individu kusam dan kotor. Mungkin anda tidak ada jeragat, tetapi mencegah lebih baik sebelum ditimpa masalah ini.

Penyebabnya:
1. Ia disebabkan oleh pancaran UV matahari yang menjadikan kelebihan pigmen.
2. Hormon yang tidak seimbang disebabkan mengandung atau menopaus.
3. Gelisah dan tidak cukup tidur.
4. Menggunakan makeup yang tidak berkualiti dan bermutu rendah.
5. Disebabkan oleh masalah pada limpa.

Rawatan Tradisional
Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.
Petua 2: Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda  sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.
Petua 3: Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.
Petua 4: Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 – 30 minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.
Petua 5: Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu.

Rawatan Moden
a. Lindungi kulit anda daripada matahari dengan menggunakan “skin care” dan barangan makeup yang mengandungi “sunscreen” iaitu bahan pelindung matahari. Tidur dengan cukup dan jauhi daripada kegelisahan.

b. Pastikan barangan makeup yang anda pakai bermutu tinggi. Urutan pada muka anda boleh merangsang peredaran darah dan mempercepatkan pemulihan...

c. elakkan dari menggunakan skincare yg boleh menghakiskan kulit, hindari dari produk2 yg mengandungi bahan2 hdrokinon....selalunya bhn2 seperti ini terdapat pada toner dan juga krim malam...

d. Sebenarnya jeragat ini boleh dirawat dari dalam menggunakan/mengamalkan suplement2 utk kulit...ingin ketahui supplement utk jeragat?? Boleh terus email ke honey_nurhaliza@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------------

TESTIMONI SET JERAGAT

assalamualaikum kak honey cantik, :x lovestruck

1stly nk bagi testimoni kak kak hani setelah 2 bulan saya makan set supplemen + gla yg akak suggest kan tu..

ALHAMDULILLAH sebab skin saye dulu kusam sgt2 dah ok dah.. nampak ketara sgt perbezaan dengan skin yang dulu..
skin saye lbih kpd masalah kulit kering n jeragat, so far kulit dah x kering sngat n jeragat pun makin pudar,still ade tapi tak bnyak mcm dulu..:) happy
dulu bile nk kluar je sapu bdak tebal2, skrg x dah..cume sapu bdak nipis2 je..hihi..

oh ye, sblum ni saye mmg ade mslah sikit bab minum air masak bnyak2 ni..hee..tpi lepas mkan set supplemen ni saya cube jgak hbiskan 3-5 liter air sehari, walaupun kerap berulang alik ke tandas tpi lepas tu bdan rase bes je, maybe sbab dah kluarkan toksin2 yg ade dlam bdan. Skrang ni saye lbih prefer mnum air masak @ suam, pergi makan kat kdai pon saye akn order air suam..hehe..bnyak manfaat mnum air masak nii, bru saye tau..hehe

satu lgi alhamdulillah lepas saya consume set supplemen ni, saya dah tak mudah mengalami masalah kesihatan seperti demam, batuk, selsema tu semua.. pagi2 je bangun tido rase bersemangat jek, sblum ni bkan main liat nk bangun tdo..hehe..

tengs a lot akak sbab x lokek ilmu nk kongsi  :x lovestruck suke bace blog akak, bnyak ilmu yg saye dapat n tengs skali lagi sebab knalkan saye dengan produk ni..

akak, sori tau bnyak emel akak tnya mcm2..hehe, pasal mary kay tuh, xde duet lgi nk beli..tpi saya akan beli jgak one day..hehe
akak, satu botol gla bpe hrga ye?? gla utk jeragat kan??

salam,
elly:x lovestruck

--------------------------------------------------------------------------------------------

TESTIMONI 2:-

Assalamualaikum.
Dah lama sangat saya cari produk kecantikan untuk kulit. Macam-macam produk dah saya cuba untuk dapatkan kulit yang cantik mulus. Semua produk yang saya cuba agak berkesan tapi tak berkekalan. Sekali tumbuh lagi jerawat, maka parut pun ada dan ambil masa lama nak hilang. Kulit saya tidaklah begitu bermasalah pun cuma parut jerawat lama dan kulit agak kasar buat saya sentiasa nak cuba produk-produk kecantikan yang semakin banyak di pasaran. Sehinggalah saya mencuba produk keluaran Shaklee. :)


Gambar terbaru saya setelah consume set supplement skincare shaklee selama 3 bulan. Saya sendiri dapat merasakan yang kulit saya lebih moist, cerah dan berseri. Dulu kulit saya senang naik jerawat. Dalam sebulan pasti ada seketul jerawat yang akan tumbuh. Tapi sejak consume supplement shaklee, jerawat macam malu-malu je nak tumbuh. hehe...
Pada mulanya saya hanya ambil vitamin e-complex ini sahaja. Tapi selepas sebulan saya konsisten dengan pengambilan vitamin ni, memang ketara saya rasa perubahan pada wajah saya. Parut lama semakin pudar (masih ada dan bakal lesap..aminn..hee..), dan saya rasa macam berseri je wajah saya bila bangun tidur. (Sebab saya ambil vitamin ni sebelum tidur)

Dan terus...saya bertekad untuk ambil full set supplement skincare shaklee ni. Ada vitamin e, vitamin c, dan esp (soy protein isolate powder) yang sangat-sangat sedap! Setakat ni saya telah repeat esp sebanyak 3 botol tau sebab saya bancuh dengan tamaknya, dua kali sehari tetapi dengan sudu besar. (sumpah sedap! hehe)
Vitamin e dan vitamin c belum pernah repeat lagi sejak saya beli bulan september haritu. Jimat bukan? :)
Ni pun vitamin e hampir habis. Tak sabar nak beli yang baru sebab vitamin e shaklee yang terbaru ada grape seed extract.

Alhamdulillah..bersyukur pada Ilahi kerana saya telah jumpa supplement yang terbaik untuk diri saya. Saya percaya kecantikan kulit tak boleh bergantung semata-mata pada krim-krim penjagaan kulit semata-mata. Yang penting kita perlu jaga dari dalaman, semestinya pengambilan supplement! :)
----------------------------------------------------------------------------------------------------

kpd yg ingin booking set promo di qasehkuhoney.com boleh terus email kpd admin ya...

BERITA BAIK : SMUA SET2 YG TERDAPAT DI QASEHKUHONEY.COM ADER PROMOTION PRICE YA...SO PLACE UR ORDER NOW ...BOLEH AMBIL TIME GAJI 18HB NI YA...:)

EMAIL UR ORDER : honey_nurhaliza@yahoo.com

3 CPM's comments:

  1. eh eh? macam kenal je testimoni 2 tu..hehe..

    ReplyDelete
  2. @yana lyana

    heeee pagi2 dh baca ya...testimoni yana mmg best...:)

    ReplyDelete
  3. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Hilangkan Jeragat.

    ReplyDelete