31 August 2014

~ Sharing : Amalan / Cara Berpantang Saya ~



Arini dah genap 32 hari saya berpantang, saya still lagi berpantang seperti biasa walaupun saya dh mula bersolat, alhamdulillah darah nifas btul2 stop tepat 29 hari arituh...rasanya dlu masa bersalinkan 3 org anak saya dlu, x de la skjp cmni...

Apa rutin seharian saya ketika berpantang?? meh saya nak share2 ngn kalian smua..mgkin boleh dijadikan panduan utk mommy2 to be di luar sana yaa..setiap org mungkin lain cara berpantang nya, ada yg terlalu straight sgt sampai smua bende x boleh sentuh..saya just buat amalan2 yg ibu saya ajarkan, janji ianya tidak memudaratkan , menyusahkan saya + bdn saya lebih sihat n cergas, itu dah ckup baik bg saya.

Set Pantang utk baby yg ke 4 ni, saya dh decide utk mengambil set NAWAL HERBAL BEAUTY, mmg saya ambil fullset sbb smuanya dh complete, dan ada beberapa item set pantang yg lain, saya ambil set Trubellai , yg trubellai nya set, saya ambil corset, herbal scrub, minuman gamat. ok complete..

 saya ambil fullset nawal herbal ni...nnt saya share kan review ttg set ni yaa...yg ni set utk luaran yaa


ok yg ni plak mmg menjadi pilihan no 1 saya set berpantang saya utk dalaman...yg bestnya, bdn still bertenaga walaupun x ckup tdo, luka bawah cpt sembuh, susu bdn alhamdlillah sgt2 meriah + bonus skin kembali bermaya n more glowing sbb ada nya esp, vit c dan vit e...very recommended!!

Amalan dan Petua Melayu Ketika Tempoh Berpantang

1. PENGAMBILAN MAKANAN YANG LEMBUT & MUDAH HADAM
Untuk 2 minggu yang pertama saya mengamalkan makanan yang lembut, mudah hadam, berserat dan seimbang seperti nasi bubur, sup sayur, oat mill dll kerana ia akan melancarkan sistem penghadaman dan memudahkan pembuangan air besar. Elakkan makan makanan yang sukar dihadam dan berminyak atau pedas seperti nasi, sambal, berlemak dll kerana ia akan menyebabkan usus pedih dan sembelit..dan juga saya tambahkan pengambilan suplement utk bdn lebih sihat, luka cpt sembuh, dan banyakkan lg susu bdn.

2. PILIHAN MAKANAN SEMASA DALAM PANTANG
Seboleh mungkin, saya akan banyakkan pilihan makanan dari kalangan sayur-sayuran yang direbus atau makanan yang dipanggang, direbus atau dibakar berbanding makanan yang digoreng. saya akan pastikan makan makanan seimbang dimana setiap hidangan mesti ada protein, kabohidrat & sayur- sayuran. Elakkan makan makanan atau buah-buahan yang masam atau berasid. Menurut petua tradisional, elakkan makan tumbuhan@sayuran yang berlilit dan/atau untuk ulam pastikan ia dicuci bersih dan dicelur sebentar untuk elak kembung perut atau keracunan makanan..ni tips org tua2 dlu la..ada jugak kebenaran nya...

 ni lauk2 yg wajib ada masa saya berpantang, halia dan lada hitam sgt2 bgus utk buang angin dlm bdn after bersalin...



3. AMALKAN MINUM AIR MASAK 2 – 3 LITER SEHARI
Pakar-pakar pemakanan mengesahkan kekurangan air didalam badan menyebabkan kekurangkan cecair didalam darah dan fenomena ini melemahkan badan dan menyebabkan keletihan...tuh sbb saya dinasihati minum air masak segelas setiap sejam atau 2 – 3 liter air sehari kerana ia akan membuat saya kekal cergas dan boleh mengekalkan tenaga. Jangan takut tau,  anda tidak akan boyak dengan minum air kerana ia akan mengembalikan bentuk badan anda serta mengempiskan perut...saya akan elakkan minum minuman manis ,berkafein, bergas atau berakohol kecuali susu dan koko kerana ia akan mengurangkan cairan tubuh kita dan membuat kita sakit kepala, pening dan/atau kembung perut.


 dgn penapis air yg cntek mcm kat atas ni, saya rasa lebih bersemangat n mudah utk minum air 3-5 lter sehari, sng nak bawak ke mana2..air pon bila minum rasa bersih je...

4. AMALAN MANDIAN & KEBERSIHAN DIRI
untuk tujuh (7) hari pertama,saya mmg x mandi langsung, just lap badan dengan air suam sebersih-bersihnya dan jangan mandi dahulu kerana badan sedang sakit dan urat membengkak. Hari-hari seterusnya mandi sekali sehari sahaja sebelum pukul 9 pagi dan lap badan pada waktu petang sahaja. Ini adalah untuk mengelakkan diri dari jadi boyak dan kembang...selepas tempoh 7 hari pertama, saya akan mandi dgn mandian herba ( bli yg dh siap packing) bdn saya mmg rasa segar sgt, selain itu saya akan pastikan  diri saya berparam, berpilis atau bertangas...sgt2 wajib

 selepas 7 hari, saya akan mula mandi gunakan mandian daun2 herba ni..saya mmg pilih nawal herbal set sbb dlm set pantang yg saya beli tuh, smuanya dh siap2 ada di dlm nya...sgt2 best, rasa bdn ni fresh je..highly recomended!!


5. HADAPI KESAKITAN PADA JAHITAN VAGINA, BEDAH DAN KEBENGKAKKAN PAYU DARA
  Masa sblm keluar hospital, saya dinasihati agar mengambil ubatan yang diberikan oleh doktor seperti antibiotik atau Vitamin C untuk merawat luka-luka jahitan , tp saya gantikan ubat2 doctor bg tuh dgn suplement shaklee, saya dh terbiasa dgn suplement ni utk mempercepatkan luka2 bersalin saya agar cpt sembuh. Kadang kala luka jahitan amat memeritkan dan mengerikan. Nasihat saya, sentiasa jaga kebersihan dan cuci jahitan dengan campuran air suam dan sedikit garam halus ataupun saya gunakan intimate wash herba ( dh ada dlm set berpantang yg saya beli ) Selepas cuci, lap kering luka jahitan tersebut untuk elakkan jangkitan. Sentiasa tukar pad bersalin walaupun darah tidak banyak keluar untuk kesihatan dan kebersihan luka jahitan tersebut.

 nampak x smua set nawal kat atas tuh?? complete smuanya dh siap ada..intimate wash sgt2 wangi n rasa fresh herba..paling saya suka adalah set tungku herba nawal tuh, sbb dh siap ada dia nya kain pembalut yg mengandungi herba, saya mmg bertungku setiap hari..rasa bdn lebih ringan je, angin pon x mudah masuk dlm bdn..terbaikkkk


lagi satu saya nak share, Kebengkakan payu dara sering terjadi kepada ibu-ibu yang baru bersalin. Menurut petua tradisional, untuk melegakan kebengkakan tersebut , saya akan ambil sekelopak kobis sejuk (yang telah disejukkan dalam peti sejuk) dan diletakkan didalam coli untuk melegakkan kebengkakan payu dara tersebut. Ini hanya petua, Apa-apa pun dapatkan nasihat pakar sekiranya keadaan teruk..ok?

6. ELAKKAN KEJADIAN BENTAN
Orang tua dahulu menasihati ibu-ibu bersalin agar jangan menjerit atau mengangkat benda-benda berat dalam masa sebulan sebab TAKUT BENTAN dimana badan akan sejuk mengigil dan darah turun dengan banyak. Rehatkan diri dan tidur secukupnya untuk kembalikan stamina. Saya akan sentiasa pakai stoking dan berselipar didalam rumah. PETUA Sekiranya ANDA BENTAN, ambil dua ulas bawang putih dan dititik bersama kulit. Sapu bawang putih tersebut pada kuku jari tangan dan jari kaki sahaja selalu. Insyaallah berkurangan. Tiada perubahan jumpa dengan Doktor Pakar dengan segera...tp alhamdulillah sepanjang tempoh 32 hari saya berpantang ni, saya tidak mengalami bentan, syukur...

7. MEROYAN & CUKUP REHAT
Untuk elakkan Meroyan, PERTAMA: Rehatkan diri secara fizikal dan mental. KEDUA: Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang sepanjang berpantang dan selepas berpantang sehingga badan kembali sihat. KETIGA: SAYANGI DIRI ANDA, jangan rasa bersalah sekiranya anda berehat dan mengagihkan tugasan kepada suami, ahli keluarga atau pembantu rumah kerana sesungguhnya anda dalam proses penyembuhan daripada kesakitan yang amat. KEEMPAT: Pilih amalan berpantang yang selesa dengan anda sebelum anda bersalin dan waktu berpantang akan menjadi sesuatu yang disenangi. KELIMA: Hormati pilihan & diri anda dan tolak pilihan orang lain sekiranya ia membuat anda tertekan. Tekanan patut dihindari semasa dalam atau selepas pantang kerana ia boleh menyebabkan gangguan emosi berpanjangan.

8. BERURUT, BERSENGKAK, BERTUNGKU DAN BERBENGKUNG
  2 hari slps bersalin, saya dh mula berurut badan tapi nasihat saya jangan bersengkak dahulu kerana rahim tengah cedera dan membengkak. Kalau boleh tunggu selepas pantang apabila rahim telah kembali kesaiz asal. Bertungku juga elok untuk mengurangkan kebengkakkan kecederaan dalaman. Tetapi biarlah berpada-pada...sampaikan nurse yg cek perut saya puji sbb x smpi smggu rahim saya dh mula kecut...tuh sbb bagusnya bertungku ni...saya mmg jaga btul2 time berpantang ni.

9. PENGAMBILAN SUPLEMENT ( SET BERPANTANG SHAKLEE)
ni pengalaman saya la, utk dalaman mmg saya pilih set shaklee, bukan x mo beli set2 dalaman yg ada kat luar2 tuh cumanya dari dlu bdn ni mmg dh terbiasa amalkan suplement shaklee, so saya dpt manfaatnya dr suplemnt2 shaklee yg saya amalkan, saya akan tetap 'setia" dgn shaklee selama2 nya..sampaikan masa bersalin arituh, nurse2 yg menjaga saya arituh pon beli set2 shaklee yg saya amalkan...alhamdulillah saya rasa puas bila saya share ttg kebaikan yg saya dh dpt dgn org2 lain...so ilmu2 yg kita ada tuh, jgn la kedekut ya utk dikongsikan, nnt kebaikannya pon kita akan dpt jugak...
utk berpantang ni, saya mmg amik set pantang shaklee fullset, set utk skin, + tambahan set utk bf kan baby Rizqi...hasilnya alhamdulillah, bdn lebih bertenaga ketika menyusukan baby saya walaupun waktu tdo saya ting tong2..susu pon alhamdulillah dgn izin NYA, banyak & cukup utk my baby sampaikan bila baby tdo , bengkak2 dibuatnya sehinggakan saya terpaksa pump.


ini rutin seharian saya, sewaktu baby sdg tidur, saya akan pump utk readykan stok2 susu utk baby Rizqi, saya akan pastikan saya mengepam /direct feed setiap 2 jam skali..alhamdulilah susu saya banyak, murah betul rezki baby Rizqi..saya akan teruskan full bf sehingga 2 thn mcm 3 org anak saya yg lain...

setiap kali pump saya x kan tunggu masa yg lama utk penuhkan botol susu medela ni..biasanya ianya mengambil masa 10 minit utk dptkan 150ml ( 5oz), syukur Alhamdulillah...

Kesimpulannya, amalan berpantang yg saya amalkan setiap kali bersalin, mmg saya akan jaga betul2, saya x cheat langsung amalan2 ketika berpantang, mmg saya follow ketat2 sbb saya nak bdn saya cpt sihat, luka cpt sembuh, nak banyakkan susu bdn utk Baby Rizqi saya dan of cource utk bdn langsing smula...tp skrg ni saya belum start lg diet sbb masih full bf baby, tp walaupun blum start berdiet, saya mmg x sentuh ais sbb ais ni la yg menyebabkan bdn cpt gemok, mkn nasik 2x sehari hanya 1 senduk shj, sapu cream pecah lemak setiap kali after mandi dan nak sleep..mmg banyak perubahan nya, nak2 saya full bf baby, so berat bdn lebih mudah turun dgn cpt , nnt saya akan sharekan cara turunkan berat bdn after bersalin pula ya utk next entry...

 semangat betul baby Rizqi skrg, insyallah dpt khasiat dr susu ibu yg mama bg ni yaa..:)



MEMO : BG CUSTOMER2 YG DH BUAT PAYMENT UTK SET BERPANTANG, PREGGY SET, BF SET DAN JUGA SET KESUBURAN SHAKLEE, SERUM BREAST, PIHAK ADMIN AKAN MULA POSKAN ORDER2 KALIAN PADA HARI SELASA YA SBB ESOK ISNIN CUTI..TRACKING NO SAYA AKAN UPDATEKAN DI EMAIL MASING2 YAA...

BG NEW CUSTOMER YG INGIN MENDAPATKAN APA SHJ SET2 DARI SHAKLEE + GUIDE MKN YG BETUL, BOLEH LA MEMBUAT ORDER KALIAN DI EMAIL SAYA honey_nurhaliza@yahoo.com ..insyallah admin akan reply email anda satu persatu ok..:) 

KEPADA MEREKA YG INGIN DPTKAN SET BERPANTANG NAWAL HERBAL BEAUTY DARI SAYA, BOLEH LA EMAIL SEPERTI BIASA YA, NNT SAYA AKAN EXPLAIN KAN SET2 YG ADA YA...
 

NEXT ENTRY : TIPS TURUNKAN BERAT BADAN KETIKA BREASTFEEDING..






3 CPM's comments:

  1. salam perkenalan.... :)

    good sharing...banyak info menarik yang boleh diikut nie...

    dan sgt2 setuju dgn shaklee...Saya pun ambil dan susu memang meriah... :)

    ReplyDelete
  2. Ibu dan anak sama-sama comel...Tahniah dear.

    ReplyDelete
  3. Wah nampak menu berpantang tu rasa teringin pulak nak makan hehe.. Penjagaan dalam pantang memnag sangat penting. Tempoh 44 hari tu memang sangat penting untuk kesejahteraan kita 40 tahun akan datang, gitu =p

    ReplyDelete