23 December 2014

~ Sharing : Saya Jaga Kesihatan + Kecantikan Kulit Dengan Vitamin ~

Perempuan mana yg x mo kelihatan cantek?? smua org nak nampak cantek...smuanya inginkan kulit yg sihat, cntek tanpa sbrg jenis cela kat muka..btul?? tp sejauh manakah cara yg betul kita menjaga kesihatan & kecantikan kulit wajah kita??

Cuba kita tanya betul2 kat dalam hati , adakah selama ni kita menjaga kesihatan dan kecantikan kulit dengan betul...atau kita ni ambil jln mudah dengan cucuk vitamin C @ botox kat bhgn muka ?

Secara jujurnya, saya sgt2 kagum dgn idola saya yakni kak Ct , saya suka cara die menjaga kesihatan dan kecantikan kulit wajah beliau, tuh sbb apa yg kak ct buat, smua nak follow, hihi...hampir 16 tahun saya meminati dan mengagumi beliau...lama kan??

ok la saya ceritakan serba sedikit pengalaman kulit wajah saya masa zaman remaja dolu2..nak bg pic pon, album2 lama masa sekolah smuanya ada kat kampung...so xpe, saya share kan kat sini yaa...

Masa saya mula2 menginjak ke alam remaja dolu2 kan, x silap saya masa tuh saya masuk Peralihan Arab selama setahun...so mgkin jugak perubahan hormon menginjak ke alam remaja , jerawat kuar tanpa segan silu di bhgn muka, paling teruk di bhgn dahi laaa, tp sib baik masa tuh pakai serkup kan, so saya ke depankan sket tutup bhgn dahi saya yg penuh dgn jerawat tuh, mmg nampak kulup giler pakai tudung...hahaha...klakar bila teringat2 kan balik zaman remaja dlu...masa tuh smua jenis pencuci muka saya try, x gak baik2 jerawat tuh, makin teruk ada laa...pastuh paling saya x leh lupa kan, saya cuci muka dgn " sabun dettol" sbb saya guna teori yg sabun dettol ni antiseptik kan, so mesti jerawat boleh hilang, hahahaha..hamikkkk kering sgt kulit muka pastuh mengelupas2...pastuh,  balik je sekolah mesti sapukan cream oxy tuh...tp sama je result nya, makin teruk...pastuh plak setiap kali datang period, jerawat wajib mesti ada kat bhgn pipi...besar plak tuh, pastuh akan tggl "nanah"

Perasaan saya ketika tuh?? of cource la down tahap gilerrr punya..tuh sbb skrg ni, bila saya consult cust2 saya yg masih adik2 remaja ni, saya tersangat la faham perasaan mereka bagaimana menghadapi prob jerawat ni...

prob jerawat + kulit kusam yg saya alami mmg sepanjang tempoh sekolah menengah dari peralihan arab hingga la ke form 5, bayangkan lah 6 thn saya hadapi prob jerawat tuh...dh mcm2 ubat saya guna x gak elok2, pastuh kulit makin kusam, kdg2 terpk jugak, sampai bila prob jerawat ni nak setle kan...kalau lah ianya berterusan, habis lah saham saya kan...ikikkiki...muka teruk x de sorg pon nak pandang & tackle, kdg2 rasa cemburu ngk kawan2 sekolah yg lain yg muka licin halus bak kulit telur

ok dipendekkan cerita, masa saya dh masuk kolej, saya dah start amalkan vit e utk kulit, sbb nak baiki balik kulit muka yg teruk ni, mmg banyak betul perubahan2 yg berlaku ke atas skin saya ni, skin mmg nampak lebih bersih dan bermaya, masalah jerawat masa tuh mmg bebetul dh stop, leganya Tuhan saja yg tahu...so confident level dalam diri dah makin meningkat, saya tetap teruskan amalan vitamin kulit tuh sbb time tuh kalau x silap, saya dah nak bertunang..so of cource la kan nak skin nampak lebih shining2 & glowing2...

so tuh la serba sedikit kisah pengalaman saya ttg prob " jerawat' ni...sbb saya pernah alaminya lah, kini saya lebih bersungguh2 nak bantu lebih ramai org yg ada prob jerawat ni...cuma satu je la saya nak pesan, kalau tgh ada prob jerawat skrg ni, tolonglah jgn bertukar2 produk muka, sbb cara cmtuh akan menjadikan kulit muka lg bertambah2 teruk...so cara yg terbaik, rawat dalaman kalian dlu, x tahu caranya?? dun worry, saya akan guidekan

Tuh sbb anak2 saya, saya dah train mereka dari awal utk amalkan vitamin supaya langkah pencegahan awal..so utk mereka, chew C mmg wajib saya bg dan juga omega utk mereka lebih fokus ketika menghafal surah2 dlm Quran..

Saya yakin, masih ramai lagi yg belum saya bantu utk rawat masalah jerawat ni...so saya hrp, dengan pengalaman saya yg x seberapa ni, saya dpt mebantu lebih ramai lagi utk kesihatan & kecantikan kulit, bukan apa tau, bila skin kita sihat tanpa sbrg masalah, mmg menjadi 1 kesyukuran dan kepuasan tau, tuh sbb kena jaga betul2 amanah yg Allah dah pinjamkan kat kita ni..


damia pon saya train die utk jaga kesihatan & kulit dengan vitamin...suke betul die consume omega + chew C...nak kulit cantek mcm mama katanyaaa...

 saya x pernah skip vitamin utk kulit sihat & cantik...paling saya x leh tggl adalah vit e yg mana vit e ni vitamin anti aging tau, so kalau korang nak nampak lebih muda dari usia sebenar, amalkan lah vit e dari skrg...saya dah alaminya, anda bila lagi??

paling best, bila skin kita bebetul sihat, sgt mudah nak makeup2, so x ambil masa yg lama utk bersiap2, simple2 pon dh nampak wowww!


set vitamin utk kulit paling basic skali...nak cara guide yg betul, korang boleh email saya utk pembelian + consultation yaa...

meh saya nak sharekan ilmu tentang jerawat ni, masalah dan punca2 nya;-

Berikut adalah faktor-faktor yg menyebabkan jerawat keluar.Anda boleh mengatasinya sekiranya anda tahu punca jerawat-jerawat anda.

1.Perubahan hormone
Apabila berlaku perubahan hormone seperti zaman baligh remaja, mengandung, datang  haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormone dalam badan,iaitu hormone androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita.Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period,jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormone ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan.Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40 'an.Selain drpd itu,penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku.

2.Tekanan (Stress) 
Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.

Tekanan fizikal:
1.Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup
2.Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
3. Jadual seharian yang sangat ketat
4. Merokok, pengambilan dadah

Tekanan emosi
1.Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
2.Buli
3.Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih
4.Kerja /study yang banyak

3.Pemakanan
Pemakanan yg tidak seimbang seperti kacang,makanan berperisa,seafood (udang,ketam,sotong,kerang),budu,
belacan,makanan berminyak/bergoreng,telur,daging,ayam goreng,makanan berlemak spt santan,dairy products spt susu lembu,coklat.

4.Toksin
Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain

5.Faktor Genetic
Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. Atas sebab itu ubat antijerawat sangat laku dijual di Asia dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.

6.Allergic atau alahan
Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik,foundation,cream muka baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dgn kulit..Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat.Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit.

7. Perubahan biologi badan
Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti hyperproliferation of KC  (tak dapat ditafsirkan bagi golongan bukan dalam bidang perubatan)

8.Persekitaran & Pencemaran
Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut.Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.

9.Jangkitan pada kulit & Resdung

 Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit anda dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat  dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas. 

10.Faktor Cuaca
Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar.



KEDUDUKAN JERAWAT

Sekiranya jerawat berulangkali naik di tempat atau area yg sama,ini menggambarkan area dalaman kita yg tertentu mempunyai masalah,tetapi sekiranya setiap kali ia tumbuh di tempat yg berlainan,itu adalah normal.Tidak semestinya jika kita mempunyai masalah dalaman,jerawat wajib tumbuh di kawasan muka yg tertentu.Ada juga diantara kita ada masalah dalaman tp kulit muka tiada masalah tp lebih baik jika kita tahu apa yg ada d luaran skrg dtgnya dr dalaman supaya kita dpt mengambil berat masalah dalaman tersebut.

DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

Sekiranya anda tahu punca jerawat anda, ubatilah punca tersebut supaya jerawat tidak berulang lagi.Hanya faktor perubahan hormon seperti period sahaja anda tidak dapat elakkan dari jerawat keluar tetapi cepat-cepatlah tempek dengan Miracle Mask supaya jerawat tersebut lebih cepat kecut dan membantu menghilangkan parut. Untuk merawat masalah jerawat dan resdung,anda digalakkan amal jamu neem untuk cuci toksin dan darah kotor. Jangan risau jamu neem tidak menyebabkan toksin keluar melalui kulit sebaliknya toksin akan keluar setiap kali anda buang air besar,air kecil,peluh dan period bg perempuan.

jika kalian smua mempunyai sebarang masalah @ soalan mengenai set utk kulit, boleh hubungi saya ya di email honey_nurhaliza@yahoo.com

bg regular cust, jika nak repeat order vitamin yg tgh promo skrg iaitu VIT E & VIT C, boleh terus order melalui whatapps ya seperti biasa...bg cust2 baru, kalian boleh email saya terlebih dahulu yaa.

@ boleh pergi sendiri ke branch2 Shaklee yg berhampiran dan order produk shaklee menggunakan id saya 852407 ya, then mcm biasa whatapps atau email resit pembelian utk dptkan guide yg baik dari saya ok.
 

 alhamdulillah saya dpt UMRAH ISTANBUL UTK PRESTASI TAHUN 2014...ANDA INGIN SERTAI GROUP KAMI DAZZLING DIAMOND GROUP?? BOLEH TERUS EMAIL PADA SAYA YA honey_nurhaliza@yahoo.com

0 CPM's comments:

Post a Comment